Friday, February 4, 2011

episode 5 : ALAMANDA KENANGAN YANG TERINDAH (PART 3)

dalam post yang lalu aku cerita macam mana aku bersua muka buat pertama kali dengan PUTERI HANG LI PO...dalam post kali ni aku akan menceritakan macam mana aku berdating dengan PUTERI HANG LI PO...

1ST DATE :
secara umumnya ramai yang beranggapan 1st date ini kena romantik,berdua-duaan ditemani cahaya lilin la n mcm2 lg...tetapi untuk aku dan TUAN PUTERI berbeza sama sekali..ini kerana kami hanya turun ke bawah untuk ke 7 ELEVEN...itupun turut ditemani rakan2 serumah TUAN PUTERI :)
malam itu seperti yang dijanjikan,tepat jam 8:30 malam aku menaiki lif untuk menjemput TUAN PUTERI di rumahnya..TUAN PUTERI tinggal di TINGKAT 20 manakala aku tinggal di TINGKAT 15..(kami selalu keluar di balkoni untuk melambai2 hehe)
ramainya rakan2 TUAN PUTERI yang ikut,aku dah naik malu..rasa lain dari yang lain sbab aku ja lelaki..apabila sampai di 7 ELEVEN,TUAN PUTERI menyuruh aku memilih aiskrim kerana TUAN PUTERI nak belanja aku hehe...aku masih ingat lagi aku mengambil aiskrim TROPICANA(warna hijau)...SEUMUR HIDUP TAK PERNAH MAKAN AISRIM SESEDAP INI...hehe
walaupun 1st date ini tidak romantik seperti dalam filem..aku akan ingat sampai bila2..

2ND DATE :
dua malam berturut-turut date hehe...selepas keluar secara beramai-ramai semalam..TUAN PUTERI mengajak aku keluar berdua ja..menemani TUAN PUTERI membeli syampoo :)
eh,nama pun MASKED RIDER sudah menjadi tanggungjawab aku untuk melindungi TUAN PUTERI dari diancam segala bahaya...malam tu selepas membeli syampoo aku dan TUAN PUTERI berteduh di BUS STOP(dalam post2 akan datang anda semua akan mendapati BUS STOP merupakan lokasi trademark aku dan TUAN PUTERI)...di BUS STOP itu kami mengadakan sesi suai kenal dengan lebih rapat dan mendalam lagi..semakin lama perbualan antara aku dan TUAN PUTERI semakin aku "terpaut" hehehe...

3RD DATE :
liku2 yang terpaksa aku hadapi dalam menjayakan pertemuan kali ini dengan TUAN PUTERI sungguh hebat iaitu cabaran mencari alasan untuk pulang awal ke ALAMANDA(cuti aidilfitri)
jeng3x....aku dah dapat idea,aku cakap nak balik awal sebab nak siapkan assignment hehe..
malam tu sampai ALAMANDA terus jumpa TUAN PUTERI,TUAN PUTERI ajak makan spagetti depan kelas..TUAN PUTERI yang masak..SANGAT SEDAP !!hehe....
ok dah set..esok pukul 10 pagi kami akan naik bas pegi MID VALLEY....turut serta dalam pengembaraan kami adalah cik fana yang nak jumpa BF dia kt MID VALLEY jugaak..
sampai di MID aku dan TUAN PUTERI terus beli tiket nak tengok wayang..aku ingat lagi time tu kami tengok cerita THE FINAL DESTINATION....masa dalam wayang aku asyik pandang TUAN PUTERI ja...dalam samar2 cahaya TUAN PUTERI nampak cantik sangat..alahai semakin "terpaut" aku...rasa "sayang" pun dah mula ada...lepas tengok wayang kami pergi makan di McD
dan kami pun naik bas untuk pulang,,otw pulang tu kami singgah minum di ABC...

4TH DATE :
dalam banyak2 date,date kali ni yang paling istimewa bagi aku...aku JANJI aku takkan lupakan date ni..nanti bila dah ada anak,aku akan cerita pada anak aku...hehe
kali ini aku dan TUAN PUTERI dah decide nak pergi SUNWAY PYRAMID,,,macam biasa amik bas time pagi...sampai di SUNWAY aku dan TUAN PUTERI beli tiket,,,kami tengok cerita MOMOK..cerita hantu yang lansung tak scarry dah la dalam panggung tu panas..nasib TUAN PUTERI ada..lagi sekali TUAN PUTERI tengok movie...aku tengok TUAN PUTERI hehe..
lepas tengok wayang kami pusing2 SUNWAY..lpas tu kami duduk di bangku..tiba2 terdengar orang main violin,,,alahai romantiknya..lagu tu masih lagi bermain dalam kepala aku..
lagu BARNEY AND FRIENDS...hehe..

selepas itu aku dan TUAN PUTERI macam ada connection yang baru,,mungkinkah ini???hehe
mulai hari itu aku dan TUAN PUTERI sering ketemuan..selepas kelas kami akan bersama-sama berjalan ke 7ELEVEN..setiap hari ISNIN aku aku dan TUAN PUTERI akan berjalan sama2 untuk ke BANK..selepas itu kami akan berborak2 di BUS STOP(trademark) hehe...aku merasakan aku adalah manusia paling bertuah dalam dunia ini kerana berpeluang menjadi MASKED RIDER yang melindungi TUAN PUTERI hehe..

dalam post yang akan datang..aku akan menceritakan saat2 aku melafazkan rasa CINTA aku pada TUAN PUTERI :)

P/S:kan bagus kalau ak betol2 masked rider kabuto

1 comment: